99. Az-Zalzalah

1.

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

2.

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

3.

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?

4.

Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

5.

Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

6.

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

8.

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!