1. |
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? |
2. |
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, |
3. |
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, |
4. |
Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar), – |
5. |
Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. |
6. |
Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, |
7. |
Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. |
8. |
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, |
9. |
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), – |
10. |
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya), |
11. |
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia, |
12. |
Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir, |
13. |
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya), |
14. |
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka), |
15. |
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar), |
16. |
Serta hamparan-hamparan yang terbentang. |
17. |
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? |
18. |
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? |
19. |
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? |
20. |
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? |
21. |
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; |
22. |
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). |
23. |
Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar; |
24. |
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. |
25. |
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, |
26. |
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. |