1. |
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
2. |
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. |
3. |
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
4. |
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). |
5. |
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
6. |
Tunjukilah kami jalan yang lurus. |
7. |
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. |