104. Al-Humazah

1.

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

2.

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

3.

Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

4.

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

5.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

6.

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya);

7.

Yang naik menjulang ke hati;

8.

Sesungguhnnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9.

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.