1. |
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, |
2. |
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, |
3. |
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? |
4. |
Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: |
5. |
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). |
6. |
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. |
7. |
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
8. |
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
9. |
(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? |
10. |
Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? |
11. |
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu. |